Program Sekolah Selamat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
Jadual isi kandungan
1 Penglibatan Warga Sekolah
2 Latihan dalam perkhidmatan
3 Arahan
4 Kerjasama pihak luar
5 Kelab Pencegahan Jenayah
6 Kawalan keselamatan
7 Peranan Ibu Bapa
8 Pegawai Personal
9 Penilaian
10 Format Penilaian / Instrumen
11 Jawatankuasa
12 Kes Disiplin di Sekolah
13 Pelan Pengurusan Krisis
14 Tindakan Pentadbir
15 Tindakan Selepas Krisis
16 Karenah Media Massa
17 Senarai Semak
Penglibatan Warga Sekolah
Pentadbir dan guru bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal apa jua masalah yang akan timbul
Kehadiran guru di setiap kawasan tempat dan bilik khas.
Warga sekolah di minta membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah semasa dan selepas sekolah.
Warga sekolah digalakkan mengawasi dan makan di kantin sekolah
Guru diminta berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti sekolah
Warga sekolah perlu memantau tandas, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan persekitaran sekolah sepanjang masa.
Guru perlu membantu pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan
Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan
Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap kesedaran dan keselamatan di sekolah.
Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan.
Warga sekolah membuktikan ada komintmen dalam penerapan budaya dan suasana pembelajaran.
Pentadbir dan guru dikehendaki memanggil pelajar dengan nama.
Latihan dalam perkhidmatan
Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah selamat. Sekolah diminta memberikan pertimbangan masa dan sumber dalam melaksanakan latihan ini. Antara tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan latihan adalah plan menangani krisis, kesedaran terhadap pencegahan dadah, gangterism, senjata berbahaya, penglibatan warga sekolah dalam menghadapi penyelesaian konflik, mengurangkan tingkahlaku ganas dan pembimbing rakan sebaya. Warga sekolah juga bertanggungjawab mengelak, mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.
Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk warga sekolah untuk memastikan supaya tidak berlaku keganasan di sekolah
Melibatkan orang awam, pegawai penguatkuasa, kesihatan, bomba dan agensi-agensi kecemasan dalam latihan di sekolah tersebut
Mengekalkan kesedaran secara berterusan kepada warga sekolah dalam memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi sebelum dan selepas krisis.
Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah sekolah selamat
Mengadakan latihan untuk memastikan keberkesanan tindakan plan krisis sekolah dilaksanakan
Warga sekolah ini menunjukkan komitmen dan kefahaman yang bersesuaian terhadap perkara-perkara berikut :
Kehadiran pelawat
Penyalahgunaan bahan
Penculikan
Penggunaan senjata
Pelajar bermasalah
Gangguan fizikal/seksual
Kewujudan gangster
Hak dan tanggungjawab sekolah
Kehadiran warga sekolah
Pemberitahuan maklumat
Menangani masalah penceroboh
Laporan kejadian
Vadalisme
Akta-Akta Jenayah
Pemeriksaan mengejut
Arahan
Pendedahan bagi menangani konflik secara berkesan dapat dilaksanakan melalui kursus dan latihan. Ia boleh disampaikan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara kandungannya meliputi kemahiran cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran membuat keputusan, empati, mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan lain-lain. Aktiviti berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari perancangan dan pelaksanaan.
Warga sekolah secara umum menyedari dan menghargai akan kepentingan arahan dalam bidang ini.
Warga sekolah menerima latihan-latihan dalam bidang penyelesaian konflik, perantara dan topik yang berkaitan
Pengurangan pencerobohan
Pendidikan perwatakan
Penyelesaian konflik
Penindasan/campurtangan gang.
Tingkah laku
Perantaraa ( orang tengah ).
Latihan kepada ibu bapa dalam bidang ini
Arahan dan peluang pembelajaran pelajar disediakan melalui:
Intergrasi dalam kursus sedia ada
Model/demostrasi oleh guru dalam arahan kelas.
Unit arahan dalam kursus dan arahan peringkat tingkatan/darjah.
Kursus mengikut kemampuan kendiri.
Program lanjutan (Contoh : bimbingan dan kaunseling, pengalaman kerja dan penggunaan alat serta kemudahan sekolah ) ditawarkan untuk menyediakan keperluan keselamatan bagi pelajar.
Kerjasama pihak luar
Perkongsian sekolah pintar sekolah dan komuniti menerangkan keberkesanan dalam komuniti, kerjasama dan penglibatan antara sekolah dan badan-badan social dalam usaha mencegah contohnya program mencegah keganasan, pengkuatkuasaan undang-undang, agensi kecemasan, bomba dan agensi belia untuk meningkatkan keselamatan sekolah.
Melibatkan pengkuatkuasaan undang-undang di kalangan ahli-ahli dalam sekolah dan perkembangan plan krisis dan tindak balasnya
Koordinasi pelan kecemasan antara agensi – polis, bomba, perubatan,
Tindak balas segera dan pengawasan yang tepat
Melibatkan penguatkuasa undang-undang dan berkongsi sama merangka kurikulum dan arahan , aktiviti pencegahan dan latihan dalam perkhidmatan.
Adakan program “Katakan Tidak”.
Adakan program “Cuma Lima Minit Anti Dadah”.
Adakan program “PINTAR”.
Adakan program “SEJADAH”.
Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.
Melaksanakaan plan tindakan mengatasi ponteng secara menyeluruh
Menaja atau melibatkan diri dalam program pencegahan jenayah
Melibatkan diri dalam program sedia ada dengan pihak polis
Memberikan plan sekolah kepada pihak polis
Memastikan warga sekolah dan polis memahami peraturan masing-masing apabila polis dipanggil kesekolah
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolah boleh menubuhan kelab pencegahan jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.
Tujuan :
Program ke arah meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah
Berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melapurkan situasi yang tidak menyenangkan
Tindakan
Menubuhkan Kelab-kelab
Menjalankan aktiviti penerangan melalui poster, video dan kempen anti vandelism
Mengadakan tayangan filem dan pengedaran maklumat.
Berusaha untuk mengawal kelakuan curang (kurang jujur)
Membantu sekolah dalam penyeliaan aktiviti
Mengadakan program pencegahan jenayah
Mengenalpasti paraturan yang tidak tidak jelas dalam menangani masalah yang akan terjadi
Melatih pelajar membantu pemantauan kawasan sekolah
Warga sekolah menyokong dan menghargai program-program keselamatan dan berkaitan dengan pencegahan dadah yang ditaja oleh pelbagai pihak.
Mempunyai prosedur tertentu apabila menerima sesuatu maklumat/tanda-tanda awal
Kawalan keselamatan
Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya peerancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, system komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.
Semua warga sekolah, jabatan, unit, pelajar dan ibubapa sedar akan perlunya kawalan keselamatan
Semua warga sekolah perlu tahu mengambil tindakan selanjutnya
Pengawal keselamatan dan individu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlaku.
Menyediakan Poster, buletin mengenai tatacara pelawat masuk ke kawasan sekolah
Pengenalan melalui pas pelawat melalui tanda nama dan uniform`
Kawalan kemasukkan ke sekolah dikawal melalui pengenalan diri
Menyediakan Sistem komunikasi contohnya sistem interkom dan litar tertutup
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat. Contoh perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela contonya rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling, belajar berkenaan akibat tingkah laku keganasan di sekolah.
Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan, dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka
Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar
Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat
Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah
Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikian sekolah selamat melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling
Menggalakan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku dan permasalahan pelajar
Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang anak mereka mempunyai potensi ke arah kegaganasan
Pegawai Personal
Pegawai Personal ialah seorang yang ditugaskan bertanggungjawab untuk memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat wujud. Personalia tersebut mungkin seorang pengawal keselamatan, pentadbir sekolah atau seorang guru yang ditugaskan untuk melaksanaan peranan ini.
Pegawai keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam semua program sekolah
Pegawai yang dilantik merupakan seorang yang faham berhubung dengan tanggungjawab keselamatan pelajar ibu bapa.
Personal keselamatan bertanggungjawab menjalankan kawalan keselamatan mengawal, menyelia termasuk juga tanggungjawab mengurus krisis
Personal keselamatan mengadakan hubungan baik agensi dengan pengkuakuasa undang-undang tempatan, pegawai undang-undang dan pelajar
Personal keselamatan dilibatkan dalam jawatankuasa sekolah selamat dan latihan dalam perkhidmatan
Personal keselamatan menerima latihan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi
Personal keselamatan adalah merupakan sebahagian daripada keluarga yang merangkumi warga sekolah dan ibu bapa
Penilaian
Penilaian / Instrumen ini boleh digunakan oleh semua pihak untuk untuk menilai tahap pelaksanaan Program Sekolah Selamat di semua sekolah dan membuat cadangan dan membantu pihak sekolah untuk
menentukan tahap persediaan membenteras jenayah,
menganalisa potensi berlakunya masalah,
mengenalpasti dan menentukan kaedah intervensi dan pencegahan,
mengurus dan respon kepada krisis apabila ia berlaku, dan
menyediakan maklumat asas untuk membina pelan sekolah selamat.
Maklumat hasil dari analisa Penilaian / Instrumen ini akan membantu menyediakan proses yang sistematik untuk mengkaji semula dan membina prosidur Sekolah Selamat.
Di samping itu maklumat ini juga boleh digunakan sebagai rujukan dan bahan untuk program latihan dalam perkhidmatan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dengan Program Sekolah Selamat.
Format Penilaian / Instrumen
Penilaian / Instrumen yang dibina adalah dalam bentuk yang memerlukan respon kepada masalah, keperluan dan intervensi yang mana setiap pernyataan
diberi definisi
diberi ciri-ciri yang merujuk kepada sekolah selamat
memerlukan respon jenis kuantitatif dan juga penilaian verbal untuk menentukan sesuatu masalah
menyediakan sumber kepada maklumat lanjut
Perlu ditegaskan bahawa semua respon terhadap Penilaian / Instrumen ini hendaklah diperolehi secara sukarela tanpa menimbulkan sebarang kesangsian di pihak responden.
[Sunting] Jawatankuasa
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.
Jawatankuasa yang berfungsi dan tanggungjawabnya sama seperti yang dinyatakan dalam polisi sekolah.
Ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil-wakil ibu bapa, guru, polis, JKKK, bomba dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang releven.
Jawatankuasa kerap mengadakan perjumpaan untuk membincangkan masalah, keperluan, program dan tanggungjawab untuk keselamatan sekolah.
Jawatankuasa mempunyai hubungan yang rapat dengan murid.
Jawatankuasa mempunya kredibiliti yang baik di kalangan masyarakat sekitar sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan.
Jawatankuasa menjalankan dan mengambil bahagian dalam latihan keselamatan di sekolah.
Jawatankuasa mengadakan pemanatauan keselamatan secara berterusan.
[Sunting] Kes Disiplin di Sekolah
Mencuri
Mencederakan orang
Kenakalan
Buli
Gangguan Fizikal
Gangguan Verbal
Gangguan Perkauman
Gangguan Seksual
Dadah
Arak
Pergaduhan
Menceroboh
Vandalisme
Samseng
Kemalangan berjalan kaki
Kemalangan motosikal
Kemalangan kereta
Kemalangan semasa aktiviti kokurikulum
Kemalangan bas
Kemalangan semasa aktiviti sukan
Membakar
Menyerang – Pelajar dan staf
Bahan letupan dan Ugutan bom
Pelancoan
Kematian: Membunuh diri, pembunuhan
Tunjuk perasaan
Dadah, termasuk alkohol
Pergaduhan
Gangsterisme / hooliganisme
Jenayah perkauman
Kes tebusan
Pencerobohan
Penculikan
Pencabulan
Bencana alam
Kerosakan harta benda
Rompakan
Tembak – menembak
Senjata
[Sunting] Pelan Pengurusan Krisis
Pelan Pengurusan Krisis (PPK) merupakan pelan khusus dan komprehensif yang digunakan dalam menghadapi suasana kecemasan dan langkah-langkah perlu selepas insiden. Pelan ini telah sedia maklum oleh semua kakitangan sekolah. Peranan dan tanggungjawab kakitangan semasa dan selepas krisis dijelaskan dengan terperinci. Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan, penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian, bunuh diri, tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya.
Setiap sekolah mestilah mempunyai pelan tindakan yang diketahui oleh semua staf dan dimaklumkan dari masa ke semasa bagi mengenalpasti :
pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan.
saluran komunikasi kepada Pengetua / Guru Besar.
saluran dan isyarat-isyarat supaya staf berwaspada.
agihan tugas untuk melaksanakan tanggungjawab dalam aspek tertentu.
kawasan penempatan semula pelajar
prosedur memindahkan pelajar dalam situasi tertentu.
pegawai yang dipertanggungjawabkan.
senarai nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar.
polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media.
tanggungjawab menyimpan rekod kejadian.
[Sunting] Tindakan Pentadbir
Mengenalpasti tempat ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak mereka.
Menyediakan satu pelan yang jelas dan ringkas kepada semua kakitangan.
Pelan tersebut merangkumi aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar sekolah.
Menyatupadukan perkhidmatan satu pasukan pengurusan krisis yang terdiri daripada Ketua bidang dan staf ( terutamanya kakitangan pejabat dan pekerja am ) yang kedua- duanya berfungsi sebagai satu kumpulan penasihat sebelum dan semasa krisis dan juga sebagai satu pasukan pengurusan.
Mengenalpasti individu yang terlatih dalam CPR dan pertolongan cemas serta bilik pertolongan cemas.
Pastikan orang-orang yang berkenaan melibatkan diri dan prihatin terhadap perkembangan pelan tindakan serta bertanggugjawab dalam perlaksanaan pelan-pelan tersebut.
ibu bapa / penjaga
murid
media
polis
perkhidmatan kesihatan
bomba
PIBG
ketua bidang
Pekerja am
Guru Kaunseling
Pentadbir
lain-lain
[Sunting] Tindakan Selepas Krisis
Pihak sekolah akan menghadapi pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dalam usaha menangani krisis yang berlaku .Kata-kata cemuhan dan sikap pesimis komuniti akan melengahkan proses pemulihan krisis tersebut.
Mempastikan pengurus sekolah bersedia untuk mengetuai di dalam segala urusan menangani sesuatu krisis.
Menyedarkan kakitangan tentang keperluan menyampaikan maklumat yang tepat kepada ibu bapa, staf, pelajar, komuniti dan pihak media seberapa segera selepas kejadian.
Mempunyai Pengurus yang sentiasa menyedari tentang keperluan dan peranannya dalam hubungan dengan pihak media.
Sentiasa komited memulakan sesi persekolahan seawal mungkin selepas krisis.
Menyediakan kumpulan sekolah selamat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut: ( Tandakan (/) atau beri kadar mana-mana yang berkenaan.)
Menziarahi mangsa yang cedera dan yang sedang berkabung.
Mengadakan majlis kesyukuran / upacara keagamaan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar dari aspek emosi dan fizikal serta menjaga nama baik sekolah.
Menyedari tentang kepentingan hubungan yang baik dengan masyarakat melalui polisi dan perancangan yang dibuat.
Mempunyai kepimpinan yang menghargai kepentingan hubungan rapat dengan pemimpin agama serta agensi-agensi luar dalam kes-kes yang melibatkan kematian dan trauma yang teruk.
Menyediakan kakitangan yang sentiasa perihatin akan pihak yang boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan .
Mempunyai kesedaran akan kepentingan perkhidmatan kaunseling yang profesional untuk pelajar, guru dan kakitangan .
Berkongsi kepimpinan dan bekerjasama dengan komuniti, agensi-agensi lain, kumpulan yang berkepentingan termasuklah kumpulan keagamaan , perundangan ,media dan agensi-agensi perkhidmatan.
Menyimpan satu senarai kaunselor yang bertauliah dan melantik seorang staf untuk menyelaraskan sesi kaunseling.
[Sunting] Karenah Media Massa
Kesulitan pihak sekolah menghadapi pihak media akan lebih ketara apabila terdapat percanggahan yang timbul, manakala pengurus sekolah mempunyai tanggungjawab untuk membela pelajar, suasana pembelajaran, imej sekolah serta kakitangannya, terutama mangsa dan mereka yang disyaki. Sekiranya tidak ditangani sebaik mungkin akan menyebabkan percanggahan keputusan, yang boleh menimbulkan keretakan hubungan pihak media dan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah atau wakil untuk menjalin hubungan yang kondusif dengan media.
Lantik seorang penyelaras media yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur sidang akhbar.
Kordinator media menyediakan prosedur-prosedur untuk sekolah/ pihak media termasuklah menetapkan tempat temubual dan syarat-syarat temubual kepada pelajar, staf, masa dan tempat peralatan pihak media.
Kordinator media mempastikan kemudahan sekolah dalam keadaan selamat dan melindungi pelajar dan staf daripada gangguan wartawan dan juru kamera.
Mempunyai satu polisi yang melarang penyiaran nama-nama mangsa atau individu yang dituduh sebelum diberitahu kepada ibu bapa dan diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
Kordinator menghargai kehendak dan peranan pihak media; cuba memenuhi kehendak mereka; dan dengan spontan, konsisten dan bersikap adil dengan pihak media.
Kordinator yang bertanggungjawab dalam penyediaan siaran berita berkala dengan jelas.
[Sunting] Senarai Semak
maklumat hot line
program pendidikan keibubapaan
kawalan pergerakan
program sukarela ibu bapa
sistem penggera
pusat sumber ibu bapa
pemeriksaan bangunan sekolah dan persekitaran
tanda arah bangunan
pelan mengosongkan bangunan
latihan mengosongkan bangunan
penilaian iklim sekolah
prosedur tutup sekolah
kaunselor dan pekerja sosial
kod tingkah laku
pencegahan jenayah
pelan pengurusan krisis
kumpulan pengurusan krisis
program / arahan kurikulum ( contoh : agresif , konflik, pembimbing rakan sebaya dan PROSTAR , PINTAR )
Ujian urin
Pemantauan secara elektronik
Peralatan kecemasan
Penapisan pekerja / screening
Pagar dan sempadan
Pas / lencana kebenaran keluar
Kad pengenalan diri
Rekod kemalangan
Mengenalpasti kakitangan yang berisiko tinggi
Mengenalpasti pelajar yang berkemungkinan menjadi mangsa
Interkom , radio, telefon bimbit dan lain-lain
Sistem kunci keselamatan / kunci keselamatan
Alat pengesan logam
Pusat sumber ibubapa
Pegawai perhubungan ( polis / sekolah )
Pengawal keselamatan sekolah
Sistem pencahayaan waktu malam
Kursus dalam perkhidmatan
Pemeriksaan berkala dan mengejut
Pasukan unit beruniform
Tinjauan khusus : ibu bapa , pelajar, dan staf
Prosedur keselamatan pengangkutan
Pemeriksaan dan pendaftaran pelawat
Tanda-tanda amaran
Polisi bebas tanpa senjata
Tiada tolak ansur ( tegas )
Pemeriksaan mengejut
Wednesday, April 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment