Sunday, April 15, 2007

Sekolah Penyayang

Parlimen 14 April 1994
Saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepadaKementerian Pendidikan yangtelah
mengadakan kegiatan berkonsepkan
"Sekolah Penyayang" yang telah
dilaksanakan di sekolah-sckolah di
Semenanjung yangtelahmembuahkanhasil
dan yang akan diperluaskan kc Sarawak
sangat dialu-alukan. Konsep ini yang
bertujuan untuk menanam semangat
"ikram" di kalangan pelajar agar mereka
bersikap prihatin dan penyayang terhadap
kumpulan masyarakat yang dalam
kesusahan kerana ditimpa malapetaka,
bencanaalam, kebakaran, kemalangan dan
trajedi yang menyayatkan.
Saya bersetuju bahawa melalui kegiatan
berkonsepkan menyemai sikap penyayang
itu, pelajar akan dilatih menyayangi dan
menghormati orang lain dan bersedia
menghulur bantuan dalam apajua keadaan
pun. Dengan cara begini jika jenerasi hari
ini dididik dengan sebaik-baiknya pada
peringkat umur masih setahun jagung,
mereka akan tahu menghargai kepahitan,
kesengsaraan dan penderitaan yang dialami
orang lain, akan ringan tangan menghulur
bantuan. Semangat seperti inilah yang
diinginkan oleh masyarakat majmuk di
Malaysia demi untuk mencapai Wawasan
2020negara. Konseptersebutadalahsejajar
dengan hasrat Kerajaan mewujud
masyarakat penyayang, prihatin dan maju
menjelang tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum
mengakhiriucapanini,sayasebagaiseorang
anak Sarawak mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Kerajaan Persekutuan khasnya
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
keranatelah memberi sebuah projekraksasa
kepada negeri Sarawak, iaitu Projek Hidro-
Bakun yang akan memesatkan lagi
pembangunan negeri Sarawak dan juga
pemberian projek ini kepada seorang
usahawan tcmpatan melalui Ekran Berhad.
Dengan ini, sekali lagi saya mohon
menyokong Usul Menjunjung Kasih atas
Titan Ucapan Baginda Yang di-Pertuan
Agong, yang telah dicadangkan oleh Ahli
Yang Berhormat dari Rompin. Sekian,
terima kasih.

No comments: