KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)
ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .
PENGENALAN
Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .
Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .
Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .
Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Jenis-jenis pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Kesan-kesan Pencemaran
Mengancam Kesihatan Manusia
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .
Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .
LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU
PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .
Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .
Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
Menggunakan dispersent dan bahan kimia
Pembersihan pantai
Dibiarkan sahaja
Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
Lokasi tumpahan
Kuantiti tumpahan
Jenis tumpahan
Keadaan laut
Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah
Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :
Rancangan Kontigen Lombok - Makasar
Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)
Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :
Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.
Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.
Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :
Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.
Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.
Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.
2. Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.
Langkah Penyelesaian
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.
3 . Pencemaran Darat
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .
Langkah penyelesaian
Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .
Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .
Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .
KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.
BIBLIOGRAFI
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.
Tuesday, May 5, 2009
PENCEMARAN ALAM
KES 1
KENINGAU: Hakisan Sungai Pegalan yang semakin tidak terkawal, bakal memusnahkan masa depan beribu petani di kawasan Trans Pegalan, selepas beribu hektar tanah sawah mereka dimamah sungai itu.
“Kami semakin kehilangan tanah sawah,” jelas seorang penduduk di Kg. Marampong yang enggan namanya dipetik, sambil mendedahkan, sebahagian Sungai Pegalan di sepanjang 21 buah kampung dalam kawasan itu adalah tanah sawah petani yang bergeran.
Penduduk itu berkata, sejak lebih 30 tahun yang lalu hakisan sungai itu telah memusnahkan tanah penduduk secara perlahan-lahan.
“Dalam tempoh beberapa tahun ini, kami pasti akan kehilangan tanah jika hakisan itu tidak dibendung,” tambahnya sedih.
Petani di Kg. Pantai Baru, Baginda, Tigot, Panagatan Ulu, Panagatan Laut dan Toboh Baru, menyuarakan rungutan yang sama, dan meminta kerajaan agar menambak tebing sungai itu dengan segera.
“Struktur sungai itu perlu diselenggara,” jelas seorang petani yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph.
Menurut petani itu, penambakan tebing dari Kg. Marampong hingga ke Kg. Limbawan Keningau, merupakan kaedah terbaik untuk menyelamatkan tanah-tanah petani yang semakin terancam.
Hakisan tebing Sungai Pegalan semakin teruk ketika daerah ini dilanda bencana Greg pada tahun 1996, dan kejadian banjir yang berlaku selepas itu sehingga kini mengakibatkan beribu hektar tanah sawah penduduk musnah.
Mengikut rekod, berpuluh rumah yang pada asalnnya didirikan dalam kawasan lot tanah, musnah selepas dihakis oleh sungai itu.
Lima tahun yang sudah, rancangan menambak tebing sungai itu pernah diwar-warkan, namun petani mendakwa sehingga sekarang ‘rancangan’ tersebut belum ditunaikan.
Rancangan penambakan tebing sungai itu termasuk dalam janji pilihan raya yang lalu, dan petani mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu supaya Sungai Pegalan bukan ancaman kepada mereka.
“Sungai Pegalan perlu kepada petani, tetapi sebaliknya ia menjadi musuh utama, jika dibirakan terus menghakis tanah-tanah sawah kami,” jelas seorang penduduk Kg. Toboh Laut.
KES KEDUA
KUAMUT: Sejumlah 139 rumah kediaman dan lapan sulup penduduk ranap diterbangkan angin kuat dalam satu kejadian awal pagi Ahad di kampung sekitar Pekan Tongod kira-kira 140 kilometer dari Sandakan.
Ribut kencang itu melanda kawasan kampung berhampiran Pekan Daerah Tongod pada sekitar jam 2 pagi ketika penduduknya sedang nyenyak tidur.
Beberapa lagi kemudahan seperti De-wan Serbaguna Daerah, Pasar Niaga Majlis Daerah Tongod dan sebuah Pondok Per-hentian Bas juga turut musnah yang merupakan kejadian terburuk selepas bencana banjir di Kuamut.
Kawasan Kuamut merupakan kawasan daerah pedalaman yang sukar untuk di-hubungi kerana memerlukan perjalanan tidak kurang empat hingga 5 jam dari Sandakan dan lebih sejam dari Pekan Telupid.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut, Masiung Banah meminta supaya agensi seperti Majlis Ja-watankuasa Bencana Alam Persekutuan dan Negeri menyegerakan bantuan kepada mangsa.
Ini kerana kata Masiung ketiadaan kemudahan penempatan sementara telah menyukarkan proses memindahkan mang-sa.
Katanya, ia berikutan dewan serbaguna juga terlibat dalam kejadian bencana itu yang menyebabkan segelintir penduduk yang tidak tinggal dengan keluarga terpaksa menggunakan kawasan bawah rumah mereka sebagai tempat tinggal sementara.
“Saya amat sedih melihat apa yang berlaku terhadap penduduk di sini kerana kedudukan serta kejadian yang jauh dari bandar berdekatan amat menyukarkan penduduk untuk mencari alternatif lain.
“Mereka terpaksa tidur di bawah kolong rumah masing-masing dan ia memerlukan bantuan dan sokongan segera pelbagai pihak berwajib,” katanya di sini kelmarin.
Masiung berkata bagi menghadapi bencana alam itu, satu Jawatankuasa Bertin-dak yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Tongod telah membentuk jawatan-kuasanya dan sedang membuat penilaian dan tindakan selanjutnya bagi mengatasi masalah yang melanda masyarakat di kawasan pendalaman itu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya penduduk bersabar dengan apa yang menimpa mereka kerana pihaknya terutama kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan segera bagi mengatasi masalah rakyat di kawasan ini.
Katanya, mereka yang ingin menya-lurkan bantuan kepada mangsa boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan kepada Pejabat Daerah Tongod.

KULIAH 1 PENGENALAN
•Firman Allah
l“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”
…( Surah Ar Rum ayat 41)
“Arkitek , pemaju & ahli politik seumpama raksaksa yang lapar akan tanah”lukisan oleh Malcom Wells
ISU-ISU ALAM SEKITAR NEGARA KITA
•“KUALITI ALAM SEKITAR NEGARA KITA SEMAKIN MEROSOT AKIBAT DARIPADA KEGIATAN PEMBANGUNAN YANG TIDAK TERKAWAL”
•PUNCA:
lFAKTOR KEMANUSIAAN (SIKAP)
lTIADA SIKAP POSITIF SEPERTI:
lBERTANGGUNGJAWAB
lAMANAH
lSUKA MEMBUAT KEBAJIKAN
lBERTIMBANG RASA
lPEMURAH
lBERKERJASAMA
lBERTOLAK ANSUR
lTIDAK BERSIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
lTIDAK TAMAK
lTIDAK EGO
lTIDAK SOMBONG
lTIDAK BAKHIL (MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN)
TIADA KAWALAN & SIKAP NEGATIF(CEMAR / KOTOR)GANGGUAN(BAU BUSUK, PEMANDANGAN TIDAK MENYENANGKAN(WABAK PENYAKIT, KECEDRAAN, TIDAK SELESA, HINGAR & KEROSAKAN HARTA BENDA DSB.)
ISU-ISU SEMASA
•KERAP BERLAKU BANJIR KILAT
•KEBAKARAN TANAH GAMBUT (KLIA)
•JEREBU (KUALITI UDARA)
•MENDAKAN TANAH (BANGUNAN REKAH)
•BEKALAN AIR BERSIH (MEROSOT):
lSUMBER AIR BERSIH DIGANGGU
lPENEROKAAN HUTAN YANG KETERLALAUAN
lPEMUSNAHAN HUTAN & BUKIT (TADAHAN AIR)
lTERLALU BANYAK KAWASAN KERAS TANPA RUMPUT PENUTUP BUMI
lAIR CEMAR MENCAMPURI AIR BERSIH.
PEMBUANGAN SAMPAH & SISA
AIR & UDARA TERCEMAR
•MASALAH SISA BUANGAN (DOMESTIK & INDUSTRI)
lSISA PEPEJAL – PENGUMPULAN & PELUPUSAN
lPERUMAHAN BERKETUMPATAN TINGGI (RUMAH PANGSA – LOKASI LUBANG SAMPAH & SIKAP PENGHUNI)
lSISA CECAIR – KUMBAHAN & TOKSID
lTANGKI / KOLAM PEMEROSESAN – TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK, LOKASI YANG KURANG SESUAI
lAIR LIMBAH (LADANG KHINZIR) DILEPASKAN KE SUNGAI TANPA KAWALAN (PENYAKIT JE & BAU)
lTUMPAHAN MINYAK
lMINYAK TUMPAH DI KAWSAN PELANCONGAN & SANGKAR IKAN
KEDUDUKAN KOMPONEN ALAM SEKITAR UTAMA NEGARA(AIR, UDARA, HUTAN & PANTAI)
•AIR (PALING PENTING – PALING TERCEMAR)
•KEGUNAAN
lDOMESTIK (MINUM, MENCUCI, MEMASAK, MANDI)
lINDUSTRI & AWAM (PENGAIRAN, PERIKANAN, PEMEROSESAN, ELEKTRIK)
•PENGURUSAN AIR (AIR BERSIH & AIR BUANGAN)
l“PUBLIC HEALTH ENGINEERING”
l“SANITARY ENGINEERING”
•AIR - 45% KANDUNGAN BERAT BADAN KITA
•RM5 (1991-95), RM2,467 BILLION UNTUK PROJEK BEKALAN AIR
•PENGGUNAAN – 5 RIBU JUTA LITER AIR SEHARI – MEMERLUKAN 400 LAGI LOJI RAWATAN
•KEPERLUAN AIR:
lDOMESTIK DAN INDUSTRI – 2.6 BILLION M3 , 5.8 BILLION M3 TAHUN 2020
lPERTANIAN - 9 BILLION M3 , 13.2 BILLION M3 TAHUN 2020
SEBAB-SEBAB UTAMA KUALITI SUMBER AIR MEROSOT
•PEMBALAKAN & PENEBANGAN HUTAN
•TUKAR GUNA TANAH
•PEMBUANGAN SISA
•HUJAN ASID
•PEMBANGUNAN DI KAWASAN TINGGI (KAWASAN TADAHAN)
•PIAWAIAN KUALITI AIR
lpH = 6.5 HINGGA 8.5
•PENJIMATAN SUMBER AIR
lKITARAN SEMULA AIR
lPENGGUNAAN AIR HUJAN DARI BUMBUNG
lKURANGKAN KEHILANGAN – PAIP BOCOR & LAMA
lPENDIDIKAN (UBAH SIKAP MEMBAZIR)
PETANDA PENCEMARAN
•BANJIR KILAT SERING MELANDA BANDAR-BANDAR UTAMA (KL DSB) – PROSES PEMBANGUNAN TIDAK TERKAWAL : CONTOH;
l PEMOTONGAN TANAH BUKIT DI SEKITAR LEMBAH KELANG – HAKISAN – PEMENDAPAN KELADAK DI SG.KELANG.
•PENCEMARAN SISA (PEMBUANGAN SISA KELAPA SAWIT & GETAH, AIR LIMBAH LADANG TERNAKAN DAN KILANG)
l1976 – 42 BATANG SUNGAI TERCEMAR
l16 BATANG AMAT TERCEMAR (SG.PINANG)
li) AIR SISA INDUSTRI (KLOROFOM, BIFENIL, PLUMBUM DLL.)
lINDUSTRI LOGAM – 29%
lINDUSTRI TEKSTIL – 15 %
lINDUSTRI GAS – 14%
lKILANG ASBESTOS – 9%
lii) AIR SISA MANUSIA & TERNAKAN (AIR LIMBAH & BENTUNGAN)
lPEMBUANGAN TERUS KE SUMBER AIR
lPEMEROSESAN TIDAK SEMPURNA
lLIMPAHAN KE SUMBER AIR BERSIH KETIKA HUJAN LEBAT
lKEBOCORAN SALORAN DAN PINTASAN
PENGAWALAN KUALITI AIR (AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 PINDAAN 1985)
•AIR DIKAWAL BERDASARKAN SIFAT KIMIA, BIOLOGI, FIZIKAL AIR & ISI KANDUNAGNNYA. (OSMOSIS BERBALIK, ELEKTRO-DIALISIS, JERAPAN KARBON & TINDAK BALAS KIMIA)
•SISA BUANGAN DITAPIS DAHULU SEBELUM DILEPAS KE SUNGAI.
•KAWASAN TADAHAN & SEKITARNYA PERLU DILINDUNGI DARIPADA DITEROKAI.
•SEMUA AIR BUANGAN DOMESTIK, KILANG & LADANG TERNAKAN - DISALOR KE BENTUNGAN, DIBERSIHKAN - DILEPAS.
MASALAH PERSISIRAN PANTAI
•“EKOSISTEM PANTAI TERGANGGU & ROSAK”
•PANTAI SEMENANJUNG ±2,300KM PANJANG.
•30% PENEMPATAN TERTUMPU DI PANTAI.
•PUNCA GANGGUAN:
lPERLOMBONGAN
lPERIKANAN
lAKUAKULTUR
lPERINDUSTRIAN
lPETROLEUM
lPERKAPALAN
lPERTANIAN
lPERUMAHAN
KEROSAKAN
•TERUMBU KARANG:
lPULAU-PULAU DIPERSISIRAN PANTAI TIMUR MEMILIKI TERUMBU KARANG TERINDAH.
lPERANAN – PENAHAN OMBAK, PERIKANAN (10 – 25%)
lROSAK OLEH:
lPENGELODAKAN ® PEMBERSIHAN HUTAN. (KEKERUHAN ® CAHAYA MATAHARI TERHAD UNTUK PEMBIAKAN MIKRO ORGANIASMA KARANG).
lCONTOH:
lPULAU REDANG
HUTAN BAKAU
•HUTAN BAKAU:
l113,384 HEKTAR, DI PANTAI SELANGOR & JOHOR (87%).
lROSAK OLEH:
lAKTIVITI PERIKANAN PERSISIRAN PANTAI.
lPEMBUANGAN SISA.
lTUKAR GUNA TANAH.
lPENEBANGAN TIDAK TERKAWAL.
lCONTOH:
lKUANTAN, CENDERING
l HUTAN BAKAU DITIMBUS
lCONTOH:
lSELANGOR
l35% TUKAR JADI KEBUN
l PULAU PINANG
lJELUTUNG & BATU FERRINGHI - SISA PEJAL KUMBAHAN DIBUANG TERUS KE LAUT
lBALIK PULAU – HAKISAN (100M SETAHUN)
lBATU MAUNG - BAHAN ORGANIK TERNAKAN KHINZIR
lPELABUHAN KELANG & PULAU PINANG
lTUMPAHAN MINYAK
lKEBANYAKAN PERSISIRAN PANTAI
lPERIKANAN PANTAI
KUALITI UDARA / ANGIN(N2=78%, O2=21%, Ar=1%, CO2=0.003%)
•PENTING (KUALITI & KUANTITI) UNTUK:
lPERNAFASAN (UDARA BERSIH)
lPENGUDARAAN (UDARA BERGERAK / ANGIN)
•KEPERLUAN ASAS KEHIDUPAN
lPERTUMBUHAN TUMBUH-TUMBUHAN
lKEHIDUPAN HAIWAN
lMADIUM ELEMEN LAIN (CAHAYA DAN HABA)
lSIFAT-SIFATNYA MEMBENTUK CUACA DAN IKLIM (SUHU, KANDUNGAN WAP AIR, CORAK DAN KELAJUAN ALIRANNYA & BAHANG)
TAKRIF PENCEMARAN UDARA
“ PENCEMARAN UDARA BERMAKSUD KEHADIRAN DI DALAM UDARA SATU ATAU LEBIH BAHAN KOTORAN (KONTAMINAN / BENDASING) ATAU GABUNAGNNYA, DENGAN KUANTITI & TEMPOH TERTENTU SEHINGGA KEHADIRANNYA BOLEH ATAU CENDERUNG UNTUK MENIMBULKAN GANGGUAN”
•AKIBAT PENCEMARAN UDARA:
lWABAK PENYAKIT
lKEROSAKAN, KECEDRAAN MANUSIA & TUMBUH-TUMBUHAN
lGANGGUAN MENIKMATI HIDUP
lGANGGUAN PENGLIHATAN
lKEROSAKAN ELEMEN ALAM SEKITAR
lCONTOH:
lKEREDUPAN DILEMBAH KELANG (JEREBU)
lASAP TEBAL MENGANDUNGI OKSIDA SULFUR & NITROGEN
lKESAN:
lSAKIT MATA, HIDUNG & KERONGKONG.
•PIAWAIAN UDARA BERSIH:
l(1PPM) – 1 UNIT ISIPADU GAS PENCEMAR YANG TERKANDUNG DI DALAM 1 JUTA UNIT ISIPADU UDARA YANG SAMA (mg/m3)
•JENIS-JENIS PENCEMARAN UDARA:
•1. ZARAHAN:
lPEMBAKARAN BAHAN BAKAR – ARANG BATU, PETROL, DISEL – KENDERAAN, JANAKUASA.
lPROSES PENGILANGAN – PENGISARAN, PELEBURAN, PENGERINGAN & PENGHANCURAN – SEKAM PADI, KUARI.
lPEROSES SEMULAJADI – LETUPAN GUNUNG BERAPI, ANGIN PADANG PASIR, KEBAKARAN HUTAN.
lKESAN:
lMENJADI “NUCLEI” KONDENSASI – AWAN & SALJI.
lMENGURANGKAN JARAK PENGLIHATAN.
lKESAN TERHADAP HIDUPAN – ORGANISMA.
lMENGURANGI JUMLAH SINARAN MATAHARI.
lKEPADA MANUSIA – BARAH, TOKSIK, KERACUNAN
lKEPADA BAHAN – KEROSAKAN PERMUKAAN, PENGARATAN, PENGOTORAN.
•2. GAS-GAS ORGANIK & TAK ORGANIK:
lOKSIDA KARBON
lCO LEBIH BAHAYA – TIDAK BERBAU, BERWARNA, MASA HAYATNYA PANJANG.
lKESAN
lMENGUBAH SISTEM FISIOLOGI ® KERACUNAN & LEMAS.
lOKSIDA SULFUR
lPALING BANYAK & BERBAHAYA ® SAKIT KERONGKONG.
lHASIL PEMBAKARAN ARANG BATU & KILANG ASID.
lKESAN
lPELAMBATAN PENGERINGAN CAT, KEPUDARAN WARNA.
lHUJAN ASID
lOKSIDA SULFUR & OKSIDA NITROGEN BERTUKAR MENJADI ASID KETIKA BERADA DIAWAN + WAP AIR. (pH 2.0 – 6.0)
lKESAN
lKEROSAKAN PADA BANGUNAN.
lKEROSAKAN PADA TANAMAN.
lGANGGUAN PADA TERNAKAN.
lMENJEJASKAN KUALITI AIR.
lPENCEMARAN BAU & BUNYI (HINGAR)
lBAU BUSUK
lKOLAM KUMBAHAN
lSUNGAI & PARIT TERCEMAR (CONTOH-BAU BUANGAN KHINZIR)
lHINGAR
lDOE 1992 – MALAYSIA SALAH SATU NEGARA TERBISING (55dB)
•PERUBAHAN IKLIM
lIKLIM BANDAR
lKESAN RUMAH KACA
lSUHU PURATA TELAH MENINGKAT 1 DAR.C BERBANDING 10 TAHUN LALU.
lPUNCA:
lKADAR PENCEMARAN YANG TINGGI
lTERLALU BANYAK PERMUKAAN KERAS
lKURANG POKOK & KAWASAN HIJAU
lKESESAKAN LALU-LINTAS
lBANYAK BERLAKU KEROSAKAN
•KAWALAN:
lAKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 – TIDAK MEMADAI UNTUK MENGAWAL ALAM SEKITAR.
lKAWALAN & PENCEGAHAN PENCEMARAN
l“ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESMENT (EIA) UNTUK MEMPERBAIKI PERANCANGAN & KELULUSAN PROJEK PEMBANGUNAN.
lPENILAIAN SEMULA PADA 1992 PERLU DILAKSANAKAN SEGERA.
•CARA MENGAWAL:
lKAWSAN TADAHAN AIR DILINDUNGI
lTANAM SEMULA HUTAN
lTAPIS SEMUA SISA BUANGAN
lSISTEM PELUPUSAN SISA BERINTEGRASI
lKAWALAN OLEH SEMUA KEMENTERIAN
lSEKAT PELEPASAN SISA KE UDARA
lPENAPISAN, PENJERAPAN, PENYERAPAN
lPENUKARAN (TINDAKAN KIMIA)
lCONTOH - PENYERAPAN MENGGUNAKAN SEMBURAN CECAIR KE UDARA YANG TERCEMAR.
•KEJAYAAN KAWALAN ALAM SEKITARBERGANTUNG KEPADA SIKAP
lSEMUA MESTI SEDAR
lSEMUA MESTI BERTINDAK
lMASALAH NEGARA & ANTARA NEGARA
Alam Sekitar ( Environment ) Concern for Today is Hope for Tomorrow! Planting the seeds of success Biro Alam Sekitar Yayasan Pekida MalaysiademahoM niB irbsuM aisyalaM ADIKEP nasayaY )V694754 ( raseB surugneP napmaM nanugnabmeP imonokE nanugnabmeP laisoS nanugnabmeP nasnI nanugnabmeP aisyalaM adikeP nasayaY nahubunep tamaltaM Worldwide PollutionEvery day, earth becomes more and more polluted. Air pollution fills our lungs with deadly substances. Water pollution is rapidly eradicating what little freshwater we have left. Land pollution is causing oncefertile lands to become little more than deserts. While many solutions have been offered, NONE are successful. But there is hope! A REAL solution exists—overlooked by environmentalists, government agencies and scientists! ! esrow ot retteb morf ;tenalp eht fo etamilc eht gnignahc era e W ;tenalp eht fo etamilc eht gnignahc era e W .)seitinummoc lairtserret lla rof dimaryp doof eht fo esab eht si ti – ”htworg tnalp wen“ si PPN( eht fo esab eht si ti – ”htworg tnalp wen“ si PPN( ytivitcudorP yramirP teN eht fo %04~ esu e W ytivitcudorP yramirP teN eht fo %04~ esu e W retaw hserf elbaliava s’htraE eht fo %05~ esu e W )elbamraf ton si redniamer eht fo tsom dna( )elbamraf ton si redniamer eht fo tsom dna( noitcudorp doof rof aera dnal s’htraE eht fo %05~ esu e W ria dna ,retaw naelc ,doof eriuqer eWria dna ,retaw naelc ,doof eriuqer eW- tnemnorivnE Why Should We Care About the Environment? Berbilionbilion penduduk dunia hadapi risiko akibat pemanasan global BRUSSELS: Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dalam laporan terbarunya semalam ; 7 April 2007 ; memberi amaran berbilionbilion penduduk dunia berisiko menjadi mangsa banjir dan kebuluran berikutan keadaan perubahan cuaca akibat pemanasan global. Malah, sekurangkurangnya 30 peratus spesies dunia lenyap jika suhu global terus meningkat. Sekurangkurangnya 3.2 bilion penduduk pula berdepan masalah kekurangan air. Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Cuaca PBB (IPCC) setebal 21 muka surat itu adalah hasil rumusan 2,500 saintis daripada 130 negara. Dokumen itu berdasarkan penilaian terbaru mengenai kesan perubahan cuaca diumumkan lewat kelmarin selepas tertangguh beberapa jam, lapor media Britain. Population growth 1 billion: ~ 1800 2 billion: ~ 1927 (127 years later) 3 billion: ~ 1960 (33 yers alater) 4 billion: ~ 1974 (17 years later) 5 billion: ~ 1987 (13 years later) 6 billion: ~ 1999 (12 years later) 2004: ~ 6.3 billion, adding 80 million each year (10 NYC’s) - “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” Firman Allah s.w.t Surah Ar Ra’d (Juz 13), Ayat 11 Di dalam melayari arus pembangunan ekonomi, Malaysia akan memastikan sumber semulajadi tidak akan dipersiasiakan . Bagi kita tanah perlu subur dan produktif, udara perlu cerah dan bersih, air tidak dicemari dan hutan boleh hidup secara semulajadi ………keindahan negara kita tidak akan dikorbankan untuk hasilnya ataupun bagi keperluan ekonomi. Petikan kata dasar Wawasan 2020. ( ratikeS malA Alam sekitar membawa maksud faktor fisikal di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, cuaca, bunyi, bau, rasa, biologikal tanaman dan haiwan serta nilai estatika. PENCEMARAN BERMAKSUD KEHADIRAN DI DALAM PERSEKITARAN SAMADA SATU ATAU LEBIH BAHAN KOTORAN (KONTAMINAN / BENDA ASING) ATAU GABUNGANNYA, DENGAN KUANTITI & TEMPOH TERTENTU SEHINGGA KEHADIRANNYA BOLEH ATAU CENDERUNG UNTUK MENIM Sejak zaman dahulu lagi, sumber hutan memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan, memperkaya, dan mengekalkan kebudayaan orang Melayu. Akibatnya, kebudayaan dan tamadun Melayu telah berakar umbi dalam satu dunia kemelayuan yang luas. Di alam Melayu ini, sektor perhutanan merupakan sumber kewangan yang penting pada masa ini. Pembangunan sektor perhutanan ini mungkin juga mendatangkan kesan yang kurang baik yang tidak diingini. Ada baiknya jika orang Melayu memikir kembali kepentingan sektor perhutanan kepada masyarakat kita. Mungkin sudah tiba masanya bagi melipatgandakan usaha ke arah pemeliharaan sumber hutan untuk kebaikan bersama, baik dalam tempoh jangka penedek ataupun jangka panjang. .PEMELIHARAAN HUTAN TROPIKA Kepentingan sektor perhutanan dalam pembangunan negara tidak bererti bahawa kita boleh terus mengeksploitasi sumber hutan dengan sewenangsewenangnya.Sebaliknya, pemeliharaan hutan tropika untuk kebaikan bersama dalam jangka masa panjang perlu diutamakan.Ini disebabkan tanpa sistem pemeliharaan dan pengurusan sektor perhutanan yang cekap,kawasan dan produktiviti perhutanan akan kian berkurangan. Pengalaman negara jiran kita adalah satu contoh yang baik. Daripada jumlah keluasan Negara Thai, peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 70% pada tahun 1945 kepada 20% pada tahun 1988.Kegiatan pembalakan yang keterlaluan dan pembalakan secara haram telah mengakibatkan masalah ketidakseimbangan keadaan alam sekitar. Di negara Thai, salah satu masalah yang serius ialah kaitan kegiatan pembalakan dengan banjir besar pada tahun 1988 apabila sebanyak 460 orang telah terkorban , 250,000 orang kehilangan rumah kediaman dan pemusnahan harta benda yang bernilai 67 juta Inggeris atau lebih kurang RM300 juta ringgit. Akibatnya,Kerajaan Thai terpaksa mengharamkan kegiatan pembalakan mulai bulan Januari 1989.Selain itu,Negara Thai juga telah mulai mengimport kayu balak sebanyak satu juta m3 setahun kerana pengeluaran sendiri sebanyak tiga juta m3 tidak mencukupi. Begitu juga pembalakan yang keterlaluan di Filipina telah mengakibatkan kawasan hutan cuma tinggal 20% daripada keluasan negara itu.Pengalaman Negara Thai dan Filipina patut dijadikan teladan kepada negara kita dalam soal pemeliharaan sumber hutan. KESAN PEMBALAKAN TANPA PENGURUSAN YANG BAIK. Ini disebabkan kawasan hutan negara kita juga berkurangan.Keluasan kawasan perhutanan di Semenanjung Malaysia,misalnya telah berkurangan daripada 13 juta hektar pada tahun 1900 kepada 6.3 juta hektar pada tahun 1987.Daripada seluruh kawasan seluas 13.2 juta di Semenanjung Malaysia, peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 98% pada tahun 1900 kepada 48% pada tahun 1987. Kawasan hutan yang semakin berkurangan ini menunjukkan bahawa sektor perhutanan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.Selama ini, yang diberi keutamaan ialah sektor pertanian terutama dalam soal penggunaan tanah. Sustainable forest management , 1993) . irah natuH “SEKARANG ancaman yang kita (manusia) hadapi bukan lagi peperangan dan ketenteraan tetapi bencana alam!” kata Pengarah Pusat Perubahan Cuaca Universiti Malaya (UMCCA), Profesor Dr Khairulmaini Osman Salleh ketika mengenangkan keadaan banjir luar biasa di negara ini, ketika ini. Meneliti ungkapan saintis itu, pasti kita tidak dapat menyangkal hakikat yang dikatakannya tanpa serangan ketenteraan atau peperangan sengit, banjir sekitar seminggu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu serta Kelantan saja sudah menyebabkan kerugian lebih RM100 juta serta mengorbankan lapan nyawa. Sememangnya kuasa alam yang digerakkan Tuhan mampu mengatasi keupayaan manusia; betapa canggih, maju dan tingginya bangunan pencakar langit dibina manusia, semuanya mampu runtuh sekelip mata dilanda bencana alam. Pastinya bencana alam yang semakin hari semakin dahsyat itu tidak berlaku tanpa sebab; ia terjadi akibat tindak balas manusia ‘mendatangkan kecederaan terhadap mereka’ dan proses itu berlaku tanpa henti. Dr Khairulmaini berkata, banjir luar biasa yang berlaku di beberapa negeri di negara ini sekadar satu daripada ratusan kes bencana alam yang dicatat dalam senarai kesan akibat pemanasan global hasil janaan aktiviti manusia. “Kita ada fenomena banjir yang berlaku setiap tahun bagi banjir kecil, setiap 10 tahun, 50 tahun, 100 tahun selain selang tempoh lebih lama menjangkau ribuan tahun seperti banjir zaman Nabi Nuh. “Banjir besar barubaru ini sepatutnya berlaku sekali dalam tempoh 100 tahun tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini, fenomena itu kerap berlaku di seluruh dunia,” katanya yang juga pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM. Suasana alam lagenda enigma malaysia adalah tema Yayasan Pekida Malaysia ( YPM ) dalam mencapai matlamat pembangunan alam sekitar yang diperincikan sebagai di antara objektif utama penubuhan YPM. Tema ini membawa maksud bahawa menyedari bahawa hari ini lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik berbanding hari ini maka YPM perlu memastikan bahawa pembangunan yang dibawa dan dipraktik oleh YPM perlulah merupakan struktur pembangunan mampan. Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi masa depan dan ianya adalah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar. Inovasi dan pertumbuhan teknologi, industri dan aktiviti manusia telah memberi sumbangan dan kemajuan di bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Namun di dalam proses pelaksanaan objektif pembangunan tersebut ianya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar antara lain telah menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Muslims in the Quran to respect and revere the environment when He says, "Greater indeed than the creation of man is the creation of the heavens and the earth." (40:57) The Prophet Muhammad told his followers they would be rewarded by God for taking care of the Earth. He said: "If any Muslim plants any plant and a human being or an animal eats of it, he will be rewarded as if he had given that much in charity." (Sahih AlBukhari, 8:41) He also compared Muslims to a "fresh tender plant" that bends, but does not break, when afflicted with life's inevitable calamities. (Sahih AlBukhari, 7:547) Another tradition of the Prophet Muhammad, or hadith, quotes him as saying: "If the Hour (Judgment Day) is about to be established and one of you is holding a palm shoot, let him take advantage of even one second before the Hour is established to plant it." Certainty Does Exist Global warming does in fact pose a real danger to mankind. Will human beings be able to find a solution? Or will it lead to cataclysmic events? This time of epic destruction—worse than any other in the history of mankind—is certain to come. Undoubtedly, the effects of global warming will play a role in these events; to what degree remains to be seen. But beyond the bad news lies the good news—global warming will not result in the extinction of mankind. Human beings will continue to exist, although the earth as we know it will be entirely different! Hurricanes Increasing? The year 2005 was a recordbreaking one for Atlantic hurricanes, with the most named storms, the most hurricanes and the most Categoryfive hurricanes occurring—with New Orleans and the Mississippi Gulf Coast being nearly destroyed by Hurricane Katrina. In terms of barometric pressure, the Atlantic Basin also experienced its most intense hurricane ever that year, Hurricane Wilma. Some studies reveal that tropical storms around the world are intensifying, with computer models suggesting a shift toward extreme intensity. A big question on many minds is, “Does the warming of the earth have a direct effect on the strength of hurricanes?” Opinions are varied. Kajian dilakukan Organisasi Kaji Cuaca Dunia (WMO) mendapati suhu bumi semakin panas dan meningkat sejak tahun 2000. Mereka menjangkakan menjelang 2010, suhu bumi akan bertambah antara 1.4 hingga 5.8 darjah celcius. “Peningkatan suhu ini berlaku akibat bertambahnya gas karbon dioksida dan gas rumah hijau; karbon dioksida adalah gas yang mampu menyerap haba serta memanaskan haba menyebabkan semakin banyak gas itu di udara, suhu semakin meningkat,” katanya. Katanya, berbanding dulu, karbon dioksida yang dibebaskan ke udara melalui beberapa sumber antaranya pernafasan manusia, akan diserap tumbuhan dalam proses fotosintesis dan ditukarkan kepada gas oksigen. Bagaimanapun, kitaran itu mula terganggu apabila tumbuhan hijau semakin berkurangan akibat pembalakan, pencemaran, pembangunan tidak mapan dan aktiviti berkaitan. Proses ketidakseimbangan itu turut berlaku hasil sumbangan gas rumah hijau lain seperti metana yang dibebaskan ke udara melalui beberapa sumber antaranya sektor perindustrian.K KERAP BERLAKU BANJIR KILAT KEBAKARAN TANAH GAMBUT (KLIA) JEREBU (KUALITI UDARA) MENDAKAN TANAH (BANGUNAN REKAH) BEKALAN AIR BERSIH (MEROSOT): – SUMBER AIR BERSIH DIGANGGU – PENEROKAAN HUTAN YANG KETERLALAUAN – PEMUSNAHAN HUTAN & BUKIT (TADAHAN AIR) – TERLALU BANYAK KAWASAN KERAS TANPA RUMPUT PENUTUP BUMI – AIR CEMAR MENCAMPURI AIR BERSIH. • PERUBAHAN IKLIM – IKLIM BANDAR – KESAN RUMAH KACA • SUHU PURATA TELAH MENINGKAT 1 DAR.C BERBANDING 10 TAHUN LALU. – PUNCA: • KADAR PENCEMARAN YANG TINGGI • TERLALU BANYAK PERMUKAAN KERAS • KURANG POKOK & KAWASAN HIJAU • KESESAKAN LALULINTAS • BANYAK BERLAKU KEROSAKAN • • Kesan Terhadap Persekitaran oleh Bahan Api Fosil Tren Penggunaan Bahan Api Fosil Semasa – Global – Negara Membangun – Malaysia • Pembakaran Mencemarkan Persekitaran: Udara, Air dan Muka Bumi • Pencemaran Udara • Penghasilan Bahan Tercemar seperti Zarah Halus dan GasGas Kesan Rumah Hijau (CO, CO2, SOx, Hidrokarbon dan NOx) • 30 Billion Tan CO2 Setahun • Carta Penghasilan CO2 (Kepekatan CO2) dalam Atmosfera • Peningkatan ~ 0.3% CO2 Setiap Tahun • Kesan Terma atau Pemanasan Global • Teknologi Pembersihan Pencemaran • Pencemaran Air • Tumpahan Minyak • Pencemaran Muka BumI Terdapat pandangan yang ekstrim yang menyatakan bahawa mereka menentang sebarang bentuk pembangunan kerana ianya mencemarkan alam sekitar. Di Malaysia perundangan mengenai alam sekitar hanya digubal pada 1974 dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Namun didapati bahawa agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Alam Sekitar hanya dirasai kehadiran dan peranan sejak 1997. Mulai 1997 didapati isu alam sekitar tidak lagi dapat dipisahkan apabila menyebut berkenaan pembangunan. Isu alam sekitar telah menjadi isu sejagat kerana kesannya melibatkan semua pihak tanpa mengira batasan sempadan negara. Sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957 dan dengan transformasi negara yang bergantung dengan pertanian berubah kepada peindustrian maka didapati bahawa rakyat Malaysia sebelum 1997 tidak terlalu prihatin akan masalah dan isu alam sekitar walaupun di luar negara terdapat isu pemanasan bumi, kebakaran hutan dan bencana maut seperti yang terjadi di Bhopal, India pada 1984 dan di Chernobyl, Rusia pada 1986. .ainud kududnep hurules amasreb nakadnit ulrep aynai ;tabilret gnay kahip nupuam nakadnit iges irad kiab igal nagnisareb araces isataid nad tahilid tapad kadit aynai nad skelpmok hibel idajnem halet ratikes mala usi awahab itapadid 12 ek dabA id iniK MATLAMAT KEMPEN ALAM SEKITAR YAYASAN PEKIDA MALAYSIA Mengerakkan masyarakat antara lain ibubapa, guru, majikan, NGO, CBO, kerajaan dan swasta agar proaktif dan sistematik serta berterusan dalam memberikan bimbingan dan contoh kepada generasi muda betapa pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar dulu, kini dan selamanya.Never doubt that a small group of thoughtful, committed people can change the world. Indeed, it is the only thing that ever has. KESELAMATAN ALAM SEKIAR
TINDAKAN kerajaan mengumumkan perubahan mengetatkan kadar hukuman ke atas kesalahan pencemaran toksik dan meletakkan pengawalan yang ketat di pintu-pintu sempadan Malaysia adalah satu pendekatan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam usaha menghadapi ancaman keselamatan bentuk baru.Terma ‘masalah alam dan sekitar’ dahulunya sering kali dirujuk kepada masalah-masalah pencemaran, pembuangan sampah, pencemaran sungai dan sebagainya.Namun kita tidak sedar bahawa terma ‘alam dan sekitar’ ini adalah konsep yang merangkumi manusia, alam sekeliling dan aktiviti ketamadunan.Terma ini secara langsung membawa kepada penjelasan bahawa konsep keselamatan alam sekitar merangkumi melindungi manusia dan alam yang didiami daripada ancaman dan bahaya.Dengan perkataan lain, konsep keselamatan alam sekitar tidak lagi tertumpu kepada isu-isu pencemaran tetapi juga ia turut merangkumi bencana alam, kepupusan sumber, penebangan hutan secara tidak terkawal, kestabilan ekonomi, jenayah rentasi sempadan, pemberontakan, penyakit dan sebagainya.Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, isu-isu ini telah diutamakan sebagai elemen dalam keselamatan negara.Bencana alam yang mampu meragut kestabilan ekonomi, tamadun dan nyawa, kepupusan sumber yang mampu membawa kepada pencetusan konflik antara negara, kegiatan jenayah merentasi sempadan yang menggugat keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara merupakan contoh kemampuan isu-isu ini menggugat kestabilan dan keselamatan negara yang dikategorikan sebagai isu bukan tradisional.Realitinya keperihatinan kerajaan terhadap masalah alam sekitar bukanlah pendekatan yang sia-sia, sebaliknya kita perlu sedar ia adalah pendekatan yang sama sepertimana yang telah diambil oleh negara-negara maju terhadap isu-isu bukan tradisional.Dengan kata lain, Malaysia pada ketika ini telah mula mengorak langkah memperkukuhkan konsep keselamatan negara seiring dengan pendekatan negara-negara maju dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara.Tindakan kerajaan yang mengetatkan kawalan di pintu-pintu sempadan negara adalah usaha untuk mengatasi cabang-cabang isu bukan tradisional seperti jenayah merentasi sempadan, pencerobohan, pendatang tanpa izin, penyeludupan, dadah, penyakit, jenayah awam dan sebagainya.Usaha ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara dapat dikekalkan dan diperkukuhkan.PencemaranTeguran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyentuh mengenai masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu alam sekitar yang semakin lama dilihat akan menggugat keselamatan rakyat dan negara.Kita dapat lihat dengan jelas pendedahan-pendedahan oleh media massa terhadap isu-isu keselamatan alam sekitar yang pada ketika ini telah menjadi sebagai cabaran besar kepada negara.Apa yang menyedihkan ialah keprihatinan kerajaan dan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh media massa terhadap isu alam sekitar tidak dijadikan sebagai teladan dan pengajaran, sedangkan isu-isu ini yang menggugat keselamatan rakyat dan negara.Di negara-negara maju, masalah alam sekitar merupakan salah satu komponen keselamatan negara dan ia bukan lagi dianggap sebagai isu keselamatan ‘remeh- temeh’.Sebaliknya isu-isu ini dilihat sebagai masalah yang mampu mengancam kestabilan, keselamatan dan kedaulatan negara. Konsep keselamatan alam sekitar sebenarnya merupakan konsep yang berkembang seiring dengan perkembangan ancaman-ancaman terhadap sesebuah negara.Ketika era Perang Dingin (1945-1991) masalah alam sekitar merupakan ‘topik’ yang tidak mendapat perhatian masyarakat dunia.Namun keruntuhan persaingan kuasa Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat pada tahun 1991, dunia global mula memperkembangkan konsep keselamatan negara yang mana ia turut melibatkan ancaman-ancaman bukan tradisional.Tamatnya persaingan kuasa di peringkat antarabangsa telah mempengaruhi negara dunia termasuk Malaysia untuk melihat dan menilai semula konsep keselamatan negara.Justeru, masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran, penyakit (AIDS, JE, SARS, dan lain-lain), penebangan hutan, ekonomi, jerebu, bencana alam, kekurangan sumber, perebutan sumber dan sebagainya telah dilihat mampu mengancam keselamatan negara. Bagaimana isu-isu ini mampu menggugat keselamatan negara?Sebagai contoh masalah sumber air yang pernah dianggap sebagai isu ‘remeh-temeh’ terbukti mampu membawa sesebuah negara ke kancah peperangan.Perebutan sumber air Sungai Tigris dan Eupharates pernah membawa Iraq, Turki dan Syria menghadapi konflik. Sungai Nil yang merupakan nadi bagi Timur Tengah dan Afrika pernah mencetuskan konflik antara Mesir, Habsyah dan Sudan.Manakala di Malaysia, isu air yang melibatkan Kuala Lumpur-Singapura pernah membawa kedua-dua negara ke kancah ketegangan dan risiko konflik antara negara.Masalah jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, 2003 dan 2006 yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di wilayah Indonesia telah menjadi isu yang menggugat keselamatan negara serantau khususnya Malaysia yang terpaksa menanggung kos dan kerugian yang besar bagi menghadapi masalah alam sekitar iaitu jerebu.Ia jelas memperlihatkan kedaulatan dan keselamatan negara tercabar dengan ancaman isu-isu bukan tradisional.Malah isu-isu ini sekiranya tidak ditangani, ia akan mencabar kedaulatan dan meletakkan negara dalam risiko menghadapi ancaman keselamatan.Perluasan konsep ancaman keselamatan negara yang melibatkan isu-isu bukan tradisional telah meletakkan Malaysia di landasan kestabilan dan jaminan keselamatan.Isu-isu bukan tradisional ini perlu diperjelaskan dan disebarkan kepada rakyat dengan secara meluas sebagai elemen yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara.– Disunting semula.

Subscribe to:
Posts (Atom)