Adat Temenggong
"Adat Temenggong kebanyakannya diamalkan semua negeri di Semenanjung Malaysia,hanya Negeri Sembilan sahaja tidak mengamal adat ini.Untuk mengetahui bagaimana Adat Perkahwinan bagi Adat dilaksana ,anda boleh dapatkannya dengan hanya mengelik pada butang yang disediakan"
MerisikMerisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.
Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri. Ia akan dilakukan oleh orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu.
Bagi upacara merisik wakil dari pihak lelaki akan pergi ke rumah si gadis untuk membuang-buang cakap.
Kedatangan ini tidak rasmi. Ia lebih mirip menziarahi kawan atau jiran.
Sambil menghadapi juadah, disindirkan sedikit hasrat kunjungan itu. Ini untuk meninjau-ninjau lebih dahulu tindak balas ibu bapa si gadis. Biasanya ketika ini ibu bapa si gadis tidak mahu berjanji apa-apa. Sekembalinya pihak teruna, kedua-dua belah pihak akan menyiasat latar belakang masing-masing. Jika ada cacat celanya atau sesuatu yang tidak berkenan mana-mana pihak boleh menolak atau berundur
Biasanya, gadis yang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak, tahu menjahit dan sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan.
Merisik
§ Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara , biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan samada si dara telah berpunya atau belum .
§ Kadang kala semasa merisik , wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya .
§ Jika bersetuju, tarikh masuk meminang dan bertunang akan ditetapkan .
Adat MeminangDalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.
"Adat Temenggong kebanyakannya diamalkan semua negeri di Semenanjung Malaysia,hanya Negeri Sembilan sahaja tidak mengamal adat ini.Untuk mengetahui bagaimana Adat Perkahwinan bagi Adat dilaksana ,anda boleh dapatkannya dengan hanya mengelik pada butang yang disediakan"
MerisikMerisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.
Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri. Ia akan dilakukan oleh orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu.
Bagi upacara merisik wakil dari pihak lelaki akan pergi ke rumah si gadis untuk membuang-buang cakap.
Kedatangan ini tidak rasmi. Ia lebih mirip menziarahi kawan atau jiran.
Sambil menghadapi juadah, disindirkan sedikit hasrat kunjungan itu. Ini untuk meninjau-ninjau lebih dahulu tindak balas ibu bapa si gadis. Biasanya ketika ini ibu bapa si gadis tidak mahu berjanji apa-apa. Sekembalinya pihak teruna, kedua-dua belah pihak akan menyiasat latar belakang masing-masing. Jika ada cacat celanya atau sesuatu yang tidak berkenan mana-mana pihak boleh menolak atau berundur
Biasanya, gadis yang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak, tahu menjahit dan sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan.
Merisik
§ Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara , biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan samada si dara telah berpunya atau belum .
§ Kadang kala semasa merisik , wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya .
§ Jika bersetuju, tarikh masuk meminang dan bertunang akan ditetapkan .
Adat MeminangDalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.
ADAT MEMINANG
§ Pada hari yang ditetapkan , wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi .
§ Beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin akan dibawa bersama .
§ Pada ketika itu , kedua–dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak .
§ Namun kini , hanya adat masuk meminang sahaja yang diamalkan .
§ Pada kebiasaannya , kedua-dua teruna dan dara telah berkenalan terlebih dahulu .
§ Maka adat merisik tidak diperlukan lagi .
§ Tambahan pula ini dapat menjimatkan masa dan kos . Masih juga terdapat pasangan yang lebih mementingkan adat .
§ Sesuatu yang perlu diingat apabila ingin mendirikan rumah tangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa . Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya .
Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Selalunya dijalan oleh ketua adat dan syarak. Sewaktu meminang, akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah bersangkutan dengan hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Dengan berbuat demikian, tidak ada teruna lain akan masuk meminang gadis itu. Ini memberi peluang kepada sahabat handai serta kaum keluarga untuk bersiap sedia berderau (bersama-sama menjalankan tugas di hari perkahwinan nanti).
§ Pada hari yang ditetapkan , wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi .
§ Beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin akan dibawa bersama .
§ Pada ketika itu , kedua–dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak .
§ Namun kini , hanya adat masuk meminang sahaja yang diamalkan .
§ Pada kebiasaannya , kedua-dua teruna dan dara telah berkenalan terlebih dahulu .
§ Maka adat merisik tidak diperlukan lagi .
§ Tambahan pula ini dapat menjimatkan masa dan kos . Masih juga terdapat pasangan yang lebih mementingkan adat .
§ Sesuatu yang perlu diingat apabila ingin mendirikan rumah tangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa . Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya .
Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Selalunya dijalan oleh ketua adat dan syarak. Sewaktu meminang, akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah bersangkutan dengan hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Dengan berbuat demikian, tidak ada teruna lain akan masuk meminang gadis itu. Ini memberi peluang kepada sahabat handai serta kaum keluarga untuk bersiap sedia berderau (bersama-sama menjalankan tugas di hari perkahwinan nanti).
Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil
Pernikahan
Majlis akad nikah dilakukan di masjid kerana tempat yang luas dan terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik. Misalnya percampuran antara lelaki dan perampuan. Pihak lelaki mudah untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah.
Majlis akad nikah jarang dilakukan di rumah bagi mengelakkan pecampuran antara dua muhrim ini. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit.
Sewaktu majlis diadakan, pengantin perempuan berada di tempat terlindung dari pihak pengantin lelaki.
Namun begitu,calon isteri dinasihatkan mendengar upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat nasihat kadi. Manakala selepas pernikahan, majlis keagamaan diadakan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berjanzi
Perkahwinan merupakan adat yang amat dititik beratkan . Majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting bukan sahaja kepada bakal pengantin tetapi juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga serta sahabat handai .
Majlis akad nikah dilakukan di masjid kerana tempat yang luas dan terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik. Misalnya percampuran antara lelaki dan perampuan. Pihak lelaki mudah untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah.
Majlis akad nikah jarang dilakukan di rumah bagi mengelakkan pecampuran antara dua muhrim ini. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit.
Sewaktu majlis diadakan, pengantin perempuan berada di tempat terlindung dari pihak pengantin lelaki.
Namun begitu,calon isteri dinasihatkan mendengar upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat nasihat kadi. Manakala selepas pernikahan, majlis keagamaan diadakan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berjanzi
Perkahwinan merupakan adat yang amat dititik beratkan . Majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting bukan sahaja kepada bakal pengantin tetapi juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga serta sahabat handai .
Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk merisik , meminang , bertunang , penghantaran belanja , majlis bersanding dan sebagainya .
Di masa silam , bersanding merupakan satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing - masing . Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin , mereka mula merisik anak gadis yang sesuai . Pada umumnya , ibu bapa meminta saudara mara mencari calan yang sesuai bagi anak mereka .
Hantaran
Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Kedua pihak itu selalunya diwakili oleh ketua kampung. Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis dan mengikut apa yang telah dijanjikan. Perjanjian biasanya dalam bentuk 'serba satu atau serba dua'. Serba satu bererti persalinan iringan itu setiap jenis dan digubah dalam pelbagai bentuk seperti bentuk itik, burung dan keris. Wang hantaran pula digubah biasanya dalam bentuk buah-buahan ataupun pokok bunga.
Sementara itu, iringan lain sering kali turut disertakan adalah bunga rampai, sirih junjung, pahar telur merah dan alat solek. Kesemua kelengkapan yang dibawa oleh rombongan pihak pengantin lelaki disampaikan ke rumah gadis itu. Apabila selesai upacara penerimaan di serambi, iaitu setelah diselesaikan oleh pihak lelaki, hantaran serta iringannya itu diedarkan ke dapur. Ini adalah untuk disaksikan oleh pihak perempuan. Bekas-bekas kosong itu kemudiannya diisikan dengan barang-barang balasan daripada pihak gadis, biasanya kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang akan dibawa pulang oleh rombongan itu untuk si teruna.
Sementara itu, iringan lain sering kali turut disertakan adalah bunga rampai, sirih junjung, pahar telur merah dan alat solek. Kesemua kelengkapan yang dibawa oleh rombongan pihak pengantin lelaki disampaikan ke rumah gadis itu. Apabila selesai upacara penerimaan di serambi, iaitu setelah diselesaikan oleh pihak lelaki, hantaran serta iringannya itu diedarkan ke dapur. Ini adalah untuk disaksikan oleh pihak perempuan. Bekas-bekas kosong itu kemudiannya diisikan dengan barang-barang balasan daripada pihak gadis, biasanya kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang akan dibawa pulang oleh rombongan itu untuk si teruna.
MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
MAJLIS PERKAHWINAN PERKAHWINAN
Di antara kesemua adat resam orang Melayu, upacara atau aturan yang berhubung dengan perkara nikah kahwin adalah sesuatu yang amat diambil berat dan dianggap penting. Ia akan dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan kesemua anggota masyarakat setempat yang dikenali sebagai penduduk sekampung serta seluruh sanak saudara. Oleh hal yang demikian, adat ini dikategorikan sebagai adat yang paling rumit dilaksanakan kerana memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan kenduri kendara, majlis persandingan dan lain-lain upacara di samping memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memakan masa yang panjang. Dalam adat nikah kahwin ini, bagi masyarakat Melayu, terdapat 3 fasa yang perlu dilalui sebelum sesebuah rumahtangga didirikan dan ia merupakan suatu adat yang perlu dipatuhi bagi melengkapkan sesuatu perkahwinan.
MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD NIKAH
Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.
• Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
• 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.
Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.
Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja, sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti cincin akan dihitung dan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang yang dilantik sebagai saksinya bagi mewakili pihak perempuan. Sekiranya ia bukan majlis akad, bererti tuan kadi tidak hadir sama di majlis tersebut, wang dan barang-barang yang dihantar akan diterima oleh seorang wakil dari pihak perempuan beserta dua orang saksi yang dipilih dari kalangan tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang tersebut, tepak sirih, talam bunga rampai dan perenjis air mawar akan ditinggalkan di ruang tamu, manakala barang-barang hantaran yang lain akan dibawa masuk ke dalam bilik pengantin. Mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah dalam bahasa Arab. Setelah selesai khutbah nikah itu dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tujuan saksi dipanggil adalah untk mendengar dan menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada tuan kadi kepada mempelai. Lafaz tersebut perlulah dibalas dalam satu nafas serentak dengan penyudah sebutan lafaz nikahnya apabila tangan mempelai itu digoncang oleh tuan kadi.
Tuan kadi akan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, atau lebih mudah lagi dikatakan berjabat tangan kanan, lalu dimulakan akad dengan melafazkan kata seperti berikut: "Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak $.... (tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $....”. Sebaik sahaja perkatan yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut dan dengan serta-merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu nafas dengan terang, jelas dan betul serta boleh didengar oleh tuan kadi dan kedua-dua saksi. Jawapan lafaznya adalah seperti berikut : "Aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwin sebanyak $.....(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksinya berpuas hati dengan jawapan mempelai itu.
Setelah selesai, doa akan dibacakan oleh tuan kadi. Mempelai kemudiannya akan bangun bersalam-salaman bermula dengan tuan kadi, kemudian bapa rnertuanya, dan akhir sekali dengan tetamu yang hadir sebelum diarak pulang ke rumahnya. Bunga rampai dan sirih pinang yang dibawa oleh mempelai akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir selepas jamuan diadakan manakala bekas-bekas kuih dan juadah serta buah-buahan yang diterima dari pihak lelaki akan dibalas oleh pihak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan akan dibawa pulang oleh pihak lelaki ke rumah mempelai. Setelah mempelai berarak pulang, jamuan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Biasanya di majlis akad nikah, kenduri secara besar-besaran tidak diadakan. Pihak pengantin perempuan hanya mengadakan jamuan kuih-muih atau nasi tetapi jenis dan bilangan lauk-pauknya tidaklah sebanyak lauk-pauk sewaktu kenduri bersanding. Ini kerana biasanya majlis akad tidak dihadiri oleh ramai tetamu luar, melainkan saudara-mara dan ahli keluarga.
BERANDAM DAN BERASAH GIGI
Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut.
Setelah selesai diandam dan diasah gigi, anak dara tersebut akan dimandikan serta disapukan bedak. Beliau akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan mak andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara tersebut akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara tersebut.
Apabila telah siap dimandikan, maka hujung kesepuluh-sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dahulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan.
Setelah selesai diandam dan diasah gigi, anak dara tersebut akan dimandikan serta disapukan bedak. Beliau akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan mak andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara tersebut akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara tersebut.
Apabila telah siap dimandikan, maka hujung kesepuluh-sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dahulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan.
BERINAI DI PELAMIN
Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. Ini kerana adat menginai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam 3 peringkat. Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi, pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga dinamakan berinai besar.
Dalam kebanyakan negeri, biasanya adat berinai di pelamin ini dijalankan pada malam hari. Berbeza dengan negeri Johor, upacara ini dijalankan di sebelah petang.
Upacara berinai akan dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding. Dalam majlis tersebut, anak dara itu akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, iaitu pakaian pengantin, lalu dibawa duduk di atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Anak dara itu akan duduk di hadapan sekumpulan kaum keluarga dan sahabat handai yang biasanya terdiri daripada kaum perempuan. Bagi upacara berinai curi dan berinai kecil, hanya pengantin perempuan sahaja yang akan duduk di atas pelamin dan diinaikan. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk diinaikan pada upacara berinai besar. Dalam upacara tersebut, pengantin perempuan akan diinai terlebih dahulu di atas pelamin. Setelah selesai, pengantin perempuan akan dibawa masuk ke dalam bilik dan pengantin lelaki pula akan diinaikan di atas pelamin. Ringkasan cara menginai di atas pelamin itu adalah seperti berikut :
Di atas pelamin, di hadapan pengantin itu akan diletakkan sebuah pahar berkaki tinggi yang disusun dengan beberapa bekas dan piring, satu berisi beras kunyit, satu berisi bertih dan satu lagi berisi air tepung tawar yang lengkap dengan perenjisnya. Di tengah-tengah pahar itu diletakkan sebiji astakona kecil berisi inai yang sudah siap digiling halus. Pengantin akan diinaikan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga dan upacara akan dimulakan dengan ahli keluarga lelaki yang berpangkat tua-tua seperti datuk, bapa dan bapa saudara.
Mula-mula, sejemput beras kunyit akan diambil dari bekas yang di atas pahar tersebut dan dihamburkan ke kiri dan kanan pengantin. Kemudian, diikuti dengan sedikit bertih dan akhir sekali perenjis tepung tawar akan dicicahkan sedikit ke dalam bekas berisi air tepung tawar lalu ditepukkan sedikit ke atas belakang tangan pengantin yang berada di atas ribaan pengantin itu. Akhir sekali, inai akan dicubit sedikit dari astakona inai dan dicalitkan di tapak tangan yang sudah beralas dengan daun sirih. Setelah selesai, emak pengantin akan menyusunkan jari kedua-dua tangan pengantin itu dan diangkatkan ke muka pengantin seperti orang menyembah. Dalam adat ini, bilangan orang lelaki yang hendak menginaikan pengantin mestilah ganjil, iatu tiga, lima atau tujuh orang. Setelah tamat diinaikan oleh orang lelaki, mereka akan keluar daripada majlis itu dan upacara diteruskan oleh orang perempuan dengan cara yang sama juga. Cara yang sama akan dilakukan dalam setiap majlis berinai tidak kira ianya majlis berinai curi, berinai kecil atau berinai besar. Apa yang berbeza hanyalah pengantin lelaki akan turut diinai dalam adat berinai besar.
BERSANDING
Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut dan dihiasi dengan kertas-kertas bunga dan kain-kain sutera yang berwarna-warni. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Besar atau kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Peterakna atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.
Apabila sampai masa untuk kedua-dua pengantin itu disandingkan, maka perkara yang mula-mula sekali dilakukan ialah memakaikan pengantin perempuan, dan apabila pemakaian pengantin perempuan dimulakan, pihak mempelai akan diberi khabaran awal bagi memudahkan mereka bersiap untuk berangkat datang. Apabila pengantin perempuan sudah hampir siap atau sudah siap berpakaian, khabaran akhir akan dihantar kepada pihak mempelai dengan tujuan supaya mempelai itu boleh berangkat datang tepat pada masanya.
Setelah lengkap pengantin perempuan itu dipakaikan dengan pakaian Melayu asli yang serba indah, maka beliau pun dipimpin oleh emak pengantin bersama-sama dengan seorang budak perempuan sebagai pengapit yang turut dihias indah berjalan perlahan-lahan naik ke pelamin dan didudukkan di atas peterakna pelamin di sebelah kiri. Pengapit akan berdiri di kiri pengantin dengan satu kipas bertekat di tangannya dan berperanan mengipas pengantin itu secara periahan-lahan. Jika mengikut adat, pengantin perempuan itu hendaklah sentiasa duduk sepanjang berada di atas pelamin dengan kedua-dua matanya memandang ke bawah dan menundukkan kepala sedikit sebagai tanda malu dan sopan yang memang sinonim dengan wanita Melayu. Biasanya, rombongan mempelai akan mula berarak keluar dari rumah menuju ke rumah pengantin perempuan betul-betul selepas pengantin perempuan dibawa duduk di atas pelamin. Namun begitu, sekiranya rumah mempelai terletak agak jauh maka mempelai itu akan dibawa keluar berarak sebelum pengantin perempuan itu diletakkan di atas pelamin supaya tidak menyakiti pengantin perempuan itu kerana terlalu lama duduk menunggu. Perkataan menyakiti dalam konteks ayat ini bermaksud pengantin perempuan akan berasa kurang selesa sepanjang persandingannya kerana pakaian yang dipakaikan kepadanya adalah pakaian khas pengantin yang terlalu sarat dengan perhiasan yang berat-berat dan kainnya diperbuat daripada jenis yang tebal, terutamanya perhiasan di kepala.
Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pada zaman dahulu, di kampung-kampung terutamanya, bagi pengantin lelaki dari keluarga yang berpangkat atau yang berkemampuan, beliau akan diarak dengan didudukkan di atas usungan yang dipanggil tandu. Di antara adat dalam mengarak pengantin adalah seperti berikut:
Di hadapan sekali yang mengetuai rombongan tersebut adalah pasukan berebana, berkompang atau bermarhaban. Di belakang pasukan ini adalah orang yang membawa tepak sirih atau puan yang lengkap dengan isinya dan siap bertudungkan penudung yang diperbuat daripada perak atau tembaga putih berbentuk seperti kepala merak jantan. Pembawa tepak sirih itu akan diapit oleh dua orang yang membawa kaki dian yang sudah sedia terpasang dan di belakang ketiga-tiga pembawa hantaran itu adalah mempelai bersama pengapitnya. Sama seperti pengantin perempuan, pengapitnya akan turut disiapkan dalam pakaian yang indah dan biasanya terdiri dari kalangan pemuda yang belum berkahwin. Turut ada bersama ialah seorang lelaki yang berpangkat tua dalam keluarga di sisi mempelai. Di belakang pengantin mempelai adalah rombongan ahli keluarga dan sahabat handai bagi mewakili pihak lelaki. Pada masa dahulu, rombongan itu biasanya akan turut membawa beberapa batang penyuluh api minyak tanah atau andang, sambil mereka beramai-ramai berzikir dan bermarhaban berselang-seli dengan paluan kompang serta pukulan rebana. Biasanya, sekumpulan wakil kaum perempuan dari pihak mempelai akan tiba terlebih dahulu dari rombongan pengantin. Mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan akan duduk menunggu di hadapan pelamin yang biasanya dibina di ruang tamu rumah.
Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana, seorang pembawa tepak sirih yang tudungnya berbentuk seperti kepala merak betina, dan diikuti dengan dua orang pembawa dian. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Si pembawa tepak sirih mempelai akan membuka silat mencabar pembawa tepak sirih pengantin perempuan. Kedua-duanya akan mempersembahkan silat pengantin yang gayanya seperti merak mengigal. Oleh yang demikian, biasanya pembawa tepak sirih akan dipilih dari kalangan lelaki yang mahir dalam silat Melayu dan pertunjukan ini biasanya sangat dinantikan oleh semua yang hadir.
Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Sebagai penutup, mereka akan menemukan kedua-dua muncung merak yang menjadi tudung kepada kedua-dua tepak sirih itu dan akan disambut dengan sorak-sorai yang gemuruh daripada tetamu yang hadir. Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Pada tangga terbawah sekali di luar pintu masuk rumah akan dihamparkan dengan permaidani yang panjang sehingga ke tapak tingkat pelamin sebagai alas untuk mempelai berjalan.
Biasanya pada zaman dahulu, sebelum mempelai dibawa masuk melalui pintu hadapan, beliau akan disekat oleh sekumpulan pemuda yang ditugaskan untuk mengutip bayaran tebus pintu mengikut seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jika terdapat dua pintu untuk dilalui, maka mempelai dimestikan membayar dua kali sebelum dibenarkan masuk. Lain pula cerita di pelamin. Sekumpulan pemudi akan bersedia di pelamin, menyekat mempelai untuk duduk bersanding di sisi pengantin perempuan selagi mereka belum menerima bayaran harga tebus pelamin.
Setelah bayaran tebus diselesaikan maka mempelai akan dibawa naik sehingga ke hadapan peterakna untuk disandingkan di sebelah kanan pengantin perempuan. Akan tetapi sebelum itu, beliau sekali lagi terpaksa membayar bayaran tebus yang akhir, iaitu bayaran tebus kipas, yang pada masa itu sedang dipegang oleh emak pengantin bagi mendinding muka pengantin perempuan itu. Bayaran tebusan ini pun mesti disempurnakan, dan di antara ketiga-tiga bayaran tebus itu bayaran tebus kipas inilah yang termahal sekali. Setelah bayaran disempurnakan maka barulah emak pengantin membuka muka pengantin perempuan itu dan menyambut mempelai untuk didudukkan di sebelah kanan pengantin perempuan dan pengapit mempelai itu berdiri di sebelah kanan mempelai itu.
Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. Hal ini kerana keadaan pengantin itu duduk di atas pelamin di hadapan kesemua tetamu adalah sama seperti situasi rakyat jelata yang sedang mengadap raja dan permaisurinya. Apa yang berbeza hanyalah mereka tidak dijunjung duli dan hanya menjadi tontonan.
Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.
Setelah selesai adat bersuap-suapan, emak pengantin pun turun daripada pelamin dan sekelian sanak saudara dan sahabat handai pengantin lelaki yang belum naik melihat persandingan itu dijemput naik. Ini kerana adat persandingan adalah upacara terbesar dan paling disukai oleh masyarakat Melayu. Bunga telur yang dicucuk pada nasi kunyit di astakona tersebut akan dicabut dan dibahagikan kepada tetamu perempuan yang hadir dalam majlis itu seorang sebiji atau sekadar yang mencukupi.
Setelah itu, kedua-dua pengantin dibawa oleh emak pengantin turun daripada pelamin berjalan perlahan-lahan dengan keadaan kedua-duanya berpimpin tangan dan jari kelengkeng mereka dikaitkan satu sama lain. Mereka dibawa terus masuk ke dalam bilik peraduan pengantin, yang sudah sedia disiapkan dan dihiasi dengan perhiasan yang cantik dan indah.
Di dalam bilik, kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di atas tikar sila, yang bertekat dan bersulam dengan benang emas terletak di hadapan katil. Setelah kedua-duanya duduk, emak pengantin akan mengambil kedua belah tangan pengantin perempuan lalu dipersalamkannya dengan tangan mempelai itu sebagai tanda mula berkenalan di alam suami isteri. Inilah yang dikatakan orang Melayu zaman dahulu, adat berkahwin dahulu kemudian berkasih.
Emak pengantin akan keluar dari bilik serta menutup pintunya dan meninggalkan kedua-dua pengantin suami isteri itu bersendirian kira-kira sejam dua bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkenalan. Selepas sejam, emak pengantin itu akan masuk semula dan membawa pengantin perempuan keluar dari bilik, manakala mempelai itu akan ditinggalkan bersendirian.
Pengantin perempuan itu tidak akan dibawa masuk semula ke dalam biliknya, melainkan jika persandingan itu selesai selepas maghrib. Pengantin perempuan hanya akan dibawa masuk ke bilik semula pada waktu makan malam untuk melayani suaminya makan atau makan bersama-samanya, dan selepas makan malam pengantin perempuan itu mengikut adat, masih tidak lagi dibenarkan duduk berdua dengan suaminya. Adat ini akan berlangsung selama dua hari dua malam selepas pengantin perempuan itu menjalani upacara bersanding di mana beliau akan disalinkan dengan pakaian yang indah-indah empat kali sehari iaitu pada makan pagi (futur), makan tengah hari, minum teh petang dan makan malam. Pada waktu melayan makan suaminya, pengantin perempuan digalakkan duduk lebih lama di dalam bilik bersama suaminya bagi memberikan mereka peluang bergurau senda dan bermesra.
Pada hari yang ketiga, atau ada juga pada hari yang keempat, tibalah masanya untuk pengantin suami isteri itu tidur bersama di waktu malam. Mengikut adat, selepas selesai makan malam bersama suaminya dan sebelum masuk tidur, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik pengantin oleh emak pengantin dan disalinkan dengan pakaian serba putih sama seperti cadar di katil pengantin yang sudah siap ditukar. Pada malam itu juga, akan diadakan persembahan bunyi-bunyian dan tarian seperti zapin atau yang seumpamanya, bagi meraikan malam persatuan hayat kedua-dua pengantin suami isteri itu.
Pada esok paginya, sebelum adat mandi-mandian atau berlimau dijalankan, emak pengantin akan bertemu dengan pengantin lelaki untuk memeriksa daripadanya tanda yang membuktikan isterinya itu masih lagi anak dara dan biasanya, suami atau mempelai itu akan menyerahkan sehelai sapu tangan putih yang mengandungi tanda yang dikehendaki itu kepada emak pengantin dan sapu tangan tersebut akan dibawa oleh emak pengantin lalu ditunjukkan kepada ibu bapa pengantin lelaki. Setelah selesai semuanya adat mandi-mandian atau berlimau akan diadakan.
MANDI-MANDIAN ATAU BERLIMAU
Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding, kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan di-sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut syarat, mereka pun dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya dan dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.
Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri itu mengikut adat tidak boleh diambil oleh mereka. Kain tersebut akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Menurut adat Melayu, bukan sahaja kain basahan itu tidak boleh diambil semula oleh kedua pengantin itu malah mereka juga ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut. Ini semua bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-dua pengantin itu. Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu membuang dan menjauhkan bala.
SAMBUT-MENYAMBUT (BERTANDANG)
Pada petang hari upacara mandi-mandian itu dijalankan, kedua-dua pengantin suami isteri akan disambut ke rumah pengantin lelaki, iaitu ke rumah suaminya. Di kalangan sesetengah orang berada pada masa dahulu, adat menyambut ini akan dilakukan dengan secara besar-besaran juga, iaitu dengan mengarak kedua-dua pengantin itu dan disandingkan sekali lagi sambil diadakan jamuan kenduri-kendara. Mereka akan tinggal di rumah pengantin lelaki selama beberapa hari sebelum pulang semula ke rumah pengantin perempuan. Inilah penamat upacara nikah kahwin dalam masyarakat Melayu.
MEMINANG PEREMPUAN JANDA
Adat resam meminang janda adalah jauh lebih mudah dan ringkas berbanding meminang anak dara. Lelaki yang hendak meminang seseorang janda hanya perlu menjalankan risikan tentang diri janda tersebut dan apabila sudah dipersetujui oleh lelaki itu seorang perempuan tua akan dihantar untuk meminangnya. Janda itu akan memutuskan sendiri sama ada beliau bersetuju menerima pinangan tersebut atau tidak dan setelah dipersetujui, segala syarat dan mas kahwin akan ditetapkan. Di sesetengah kampung, mas kahwin dan belanja bagi seorang janda biasanya ditetapkan sama ada RM 51.00, RM 61.00 atau RM101.00.
ADAT PERKAHWINAN JANDA
Kebanyakannya hanya menjalankan kerja yang wajib sahaja iaitu dengan mengadakan majlis akad dengan jamuan yang kecil dan setelah selesai kenduri kendara maka pada malam itu jugalah kedua suami isteri itu dipersatukan.
ADAT PERKAHWINAN JANDA BERHIAS
Cara perkahwinan janda berhias hanya dijalankan oleh ibu bapa janda tersebut kerana beberapa sebab, seperti :
• Anak mereka masih terlalu muda lagi umurnya.
• Tempoh perkahwinannya dahulu itu singkat.
• Ibu bapa itu tiada anak perempuan yang lain selain daripada anaknya yang janda itu.
• Kecantikan anaknya sangat terpuji.
• Ibu bapa itu orang berada.
Cara perkahwinan janda berhias adalah serupa sebagaimana yang dijalankan kepada perkahwinan anak dara. Yang berubah hanyalah tentang kecil besarnya majlis yang dijalankan itu dan bagi perkahwinan janda, upacara mandi-mandian tidak dijalankan.
BERSALIN
Setelah kandungan genap bilangan bulan dan harinya iaitu sembilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua-tua zaman dahulu, dan saat untuk melahirkan pun sudah hampir maka segala kelengkapan seperti beras, kelapa dan damar, akan disediakan sama seperti ketika upacara melenggang perut dijalankan. Setelah selesai bersalin, beras, damar dan kelapa semuanya akan diberikan kepada tok bidan di samping wang sebanyak $5.00 jika anak sulung, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang ketiga bayarannya sama seperti anak sulung dan begitulah seterusnya.
Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu kala, ada sejenis hantu atau syaitan yang kononnya , suka datang pada masa perempuan bersalin kerana hendak memakan darah perempuan itu. Oleh sebab kepercayaan yang sedemikian, maka telah menjadi adat bagi masyarakat Melayu untuk menggantung secekak daun mengkuang yang berduri di bawah rumah, betul-betul pada tempat pembaringan ibu yang baru bersalin itu. Daun tersebut dipercayai dapat menjadi penghalang atau menegah hantu daripada datang menghampiri tempat itu. Begitu juga telah menjadi adat untuk mencalitkan pangkah dengan kapur yang disertai dengan jampi serapah di muka pintu bilik atau rumah tempat ibu yang baru bersalin tersebut tinggal. Bukan itu sahaja, di tengah-tengah dahi bayi yang baru lahir itu turut dicalitkan dengan tanda pangkah yang dibuat daripada minyak yang telah dicampurkan dengan serbuk arang kayu dan dijampi. Ini semua dilakukan dengan harapan hendak menjauhkan bayi itu daripada dirasuk atau diganggu oleh hantu syaitan.
Apabila bayi tersebut berusia genap tujuh hari, kenduri secara kecil-kecilan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran menerima ahli keluarga baru dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selamat.
BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI
Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.
Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.
Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.
Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.
MANDI SELEPAS PANTANG
Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang. Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang pekerjaan lain. Berpantang sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan bentan yang bermaksud sakit yang akan timbul akibat daripada melanggar pantang. Antara gejala bentan ialah rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Adalah digalakkan bagi suami isteri untuk bersama setelah tamat upacara mandi selepas pantang kerana ini akan mengeratkan kemesraan di antara keduanya
ABDULLAH CHE WIL